Skip to main content

Perutusan Khas dari Kerajaan






YAB PM UMUMKAN DUA LANGKAH TAMBAHAN MELIBATKAN SSM UNTUK MENGURANGKAN BEBAN KOMUNITI PERNIAGAAN DAN SEKTOR KORPORAT

Kuala Lumpur, 6 April 2020 –  YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan langkah tambahan bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pada 6 April 2020 untuk mengurangkan bebanan dan tekanan komuniti perniagaan serta sektor korporat yang terkesan akibat pandemik Covid-19 di mana dua daripada langkah-langkah tambahan tersebut melibatkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Bagi langkah tambahan pertama, SSM akan memberikan tempoh moratorium 30 hari dari tarikh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir untuk serah simpan dokumen dengan SSM. Semua transaksi di bawah Akta Syarikat 2016 dan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 perlu diserah simpan atau dikemukakan kepada Pendaftar selepas tempoh tersebut. Dalam tempoh moratorium tersebut, fi lewat serah simpan akan dikecualikan. Inisiatif ini akan melibatkan sekurang-kurangnya 129,707 penyata tahunan, 56,348 penyata kewangan dan 3019 deklarasi tahunan oleh perkongsian liabiliti terhad. 

Bagi langkah tambahan kedua pula, SSM akan memberikan pelanjutan masa selama tiga (3) bulan bagi syarikat untuk menyerah simpan penyata kewangan kepada SSM. Dengan kelonggaran ini, syarikat boleh menyediakan penyata kewangan dan menyempurnakan dokumen-dokumen statutori berkaitan manakala firma-firma audit boleh menyiapkan tugasan yang tertangguh dengan jangka waktu yang lebih selesa. Selanjutnya, SSM akan mengecualikan syarikat yang terjejas daripada keperluan membayar fi RM100 bagi tujuan pelanjutan masa tersebut. Inisiatif ini bakal memberi manfaat kepada 217,827 syarikat (berdasarkan syarikat untuk tahun kewangan yang berakhir pada 30 September 2019, 31 Oktober 2019, 30 November 2019 dan 31 Disember 2019).

Maklumat lanjut berhubung kedua-dua langkah tambahan ini boleh diperolehi melalui set soalan-soalan lazim yang telah disediakan di dalam portal rasmi SSM.

SSM berharap pelaksanaan langkah-langkah tambahan ini dapat membantu mengurangkan tekanan dan beban yang dihadapi oleh para peniaga serta sektor korporat untuk memenuhi kewajipan mereka di bawah undang-undang yang dikawal selia oleh SSM.

DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) 
TARIKH: 6 APRIL 2020

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami ditalian berikut:
📱03-55138000


Comments

Popular posts from this blog

Sole Proprietorship/Perniagaan Tunggal

Sole Proprietorship/ Perniagaan Tunggal A sole proprietorship is a business owned by only one person. Easy to set-up & the least costly among all forms of ownership. Owner faces *unlimited liability* is creditors of the business may go after the personal asset of the owner if the business cannot pay them. The sole proprietorship form is usually adopted by small business entities. Any inquiries contact us at : 📱 03-55138000 📩  bizworldservices@gmail.com # account # akaun # Akauntan # AkauntanSyarikat # auditsyarikat # azizanosman # bukasyarikatsdnbhd # CompanySecretary # cukai # CukaiSyarikat # daftarcidb # daftarmof # daftarplt # daftarsdnbhd # daftarsyarikat # DaftarSyarikatSdnBhd # daftarsyarikatsendirianberhad # DaftarSyarikatShahAlam # eusahawan # juruakaunshahalam # KhidmatJuruakaun # laporankewangan # mdec # NajibAs addok

Selamat Hari Pekerja!

EliteAsia Management mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada semua pekerja di Malaysia mahupun di luar negara yang datang daripada pelbagai latar belakang sektor. Khas buat Frontliner, anda tetap dan sentiasa manjadi Hero Malaysia atas pengorbanan dan kesungguhan dalam berjuang memutus rantaian penularan COVID-19. Jika ada sebarang pertanyaan mengenai Penyata Kewangan hubungi kami ditalian berikut: http://www.wasap.my/+60182356868 http://www.wasap.my/+60167897515 eliteasia.clt@gmail.com Messenger FB: https://www.facebook.com/ eliteasiamanagement Direct message IG: https://instagram.com/eliteasiamanagement Stay home & Stay safe #accounteliteasia #eliteasiaaccounting #accoutingservices #businessconsultation #companysecretary #perintahkawalanpergerakan #stayhome #staysafe #workfromhome #kitajagakita #salamramadhan2020 #laborday2020

Niat Puasa & Doa Berbuka Puasa

Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak 1441H dan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam. Ikhlas daripada Businessworld Consult Sdn. Bhd. Niat Puasa Sebulan: نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَ "Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala"   Niat Puasa Harian: نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى "Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala" Doa Berbuka Puasa: اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين "Ya Allah kerana Mu aku berpuasa, Dengan Mu aku beriman, kepada Mu aku berserah dan dengan rezeki Mu aku berbuka (puasa)" Selamat Berpuasa semua Sebarang pertanyaan mengenai Syarikat Sdn. Bhd. hubungi kami ditalian berikut: 03-55138000 bizworldservices@gmail.com #salamramadhan2020 #account #akaun #Akauntan #Akaunt...